Pages

Subscribe:

Main Menu

AYO BACA AL-QURAN

AYO BACA AL-QURAN
Rasululah SAW Bersabda : Rumah-rumah yang di dalamnya selalu dibacakan ayat-ayat al-Qur'an akan tampak oleh penghuni langit seperti bintang gemintang tampak oleh penghuni bumi, Setiap huruf dan bacaan al-Qur'an, memperoleh satu kebaikan dari Allah, yakni satu kebajikan berkelipatan sepuluh

HADITS DAN FIQIH

HADITS DAN FIQIH
“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

Doa-Doa Mustajab

Doa-Doa Mustajab
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami berikanlah ampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (QS. Ibr�h�m: 41-42).

Daftar Nama Pemberi Zakat Infaq dan Shadaqah

Suhartono Rp. 50.000, Sulasmi Rp. 150.000, Bambang SM Rp. 250.000, Agus Suharto Rp. 150.000, Marzuki Rp. 500.000, Belina S. Rp. 350.000, Agung M Rp. 200.000, Abd. Rojak Rp. 150.000, Achmad Sumarno Rp.75.000, Total Sementara Rp. 1.875.000 Terimakasih atas partisipasinya, semoga Allah mengganti dengan yang lebih baik dan menjadi amalan yang akan memperberat amal kebaikan di yaumil akhir.

Hikmah

**** Ya Allah kuingin terus berjumpa dengan bulan Ramadhan Ya Allah berilah kesempatan kepada kami untuk bisa terus berjumpa dengan bulan Ramadhan di tahun-tahun berikutnya. Kusadari, setelah kuperiksa catatan keuanganku ternyata belum banyak yang aku infaqkan, kubuka keuangan perusahaan, ternyata masih sedikit yang aku berikan di Jalan Allah. Kuberharap Ramadhan berikutnya bisa memaksimalkan ibadahku, memaksimalkan harta yang kuberikan di jalan Allah. Ya Allah terimalah apa yang kami punya yang akan segera ditransfer ke akhirat. berkahilah usaha kami, lapangkanlah rezeki kami. Ya Allah berilah ganti yang terbaik buat mereka yang telah mengeluarkan hartanya di jalan Allah. Sehatkanlah badannya, sehatkanlah pendengarannya dan sehatkanlah penglihatannya. Kabulkanlah hajat terbaik mereka, yang belum berjodoh agar dipertemukan dengan pasangan yang terbaik, yang belum punya anak, segera dapat mempunyai anak, yang sakit, sembuhkanlah, berkahilah usahanya, mudahkanlah urusannya dan lapangkanlah rezekinya. Ya Allah maafkanlah kesalahan-kesalahan kami, ampunila dosa-dosa kami dan rahmatilah kami.
=====================================
“******** Tujuh golongan yg akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tdk ada naungan kecuali naungan-Nya. 1. Pemimpin yg adil, 2. Pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, 3. Orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid 4. Dua orang yg saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, 5. Seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, 'Aku takut kepada Allah!', 6. Seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kirinya dan 7. Seseorang yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dr kedua matanya" (HR. Bukhari & Muslim).”
=====================================
“***** Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

Senin, 19 April 2010

Hadis-Hadis Shalat

Hadis 1 

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'

Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"


Hadis 2

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."
Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:
1.Solat-apabila telah masuk waktunya

2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan

3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya."

Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang mengamalkan perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya apabila pulang ke rumah hanya dengan alasan  mereka dalam perjalanan, berniaga atau bekerja.

Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat melengah-lengahkan solat namun berat juga.


Hadis 3:

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".

"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.

Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."

Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang pedih sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun yang kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-ribu tahun lamanya.

0 Comment:

Posting Komentar

Twitter Chat