AYO BACA AL-QURAN
HADITS DAN FIQIH
 
“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”
Doa-Doa Mustajab
Daftar Nama Pemberi Zakat Infaq dan Shadaqah
Rabu, 08 Agustus 2012
BUKTI-BUKTI IKHLAS
Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dari. Yusuf al-Qaradhawi
Ikhlas  itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali,  contohnya dalam kehidupan orang yang mukhlis; dalam tindak-tanduknya,  dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Di antaranya  adalah:
Takut  kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih  lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu  yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara  sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan didedahkan. Sebab  andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat  tidak baik yang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak  memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.
Maka dari itu zuhud dalam masalah kedudukan, ke
masyhuran,  penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar darip zuhud  dalam masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab  az-Zuhri berkata: “Kami tidak melihat zuhud dalam hal tertentu yang  lebih sedikit darip zuhud dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang  berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami  membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta  lebih banyak lagi.”
Inilah  yang membuat para ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka  mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dari ujian kemasyhuran, penipuan  dan kedudukan. Oleh kerana itu mereka memperingatkan hal ini kepada  murid-muridnya. Para pengarang buku telah meriwayatkan dalam pelbagai  gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairi dalam  ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di  dalam al-Ihya’.
Begitu  pula yang dikatakan seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham,  “Allah tidak membenarkan orang yang suka kemasyhuran.”
Beliau  juga berkata, “Tidak sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali  hanya sekali. Pada suatu mlm aku berada di dalam masjid salah satu desa  di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit perut. Lalu muazzin dtg dan  menyeret kakiku hingga keluar dari masjid.” 
Beliau  berasa senang kerana muazzin tersebut tidak mengenalinya. Maka dari itu  beliau diperlakukan secara kasar, kakinya diseret seperti seorang  pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan dan kekayaannya kerana Allah.  Sebenarnya ketika itu beliau tidak ingin keluar jika tidak sakit.
Seorang  zuhud yang terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tidak mengenal orang  yang suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi  hina.” 
Beliau juga berkata, “Tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah manusia.”
Seseorang pernah menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, “Berilah aku nasihat.” 
Ibn  Muhairiz berkata, “Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tidak  dikenal, berjalanlah sendiri dan jangan mahu diikuti, bertanyalah dan  jangan ditanya. Lakukanlah hal ini.”
Ayyub  as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tidak berniat secara benar kerana  Allah kecuali jika dia suka tidak merasakan kedudukannya.” 
Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yang  dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yang berkumpul di  sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi  terkenal.
Salim  bin Handzalah menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai  di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu  ke arahnya.”
Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yang telah engkau lakukan?”
Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bagi yang mengikuti dan ujian bagi yang diikuti.”
Ini  merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap  fenomena yang pada permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh  yang jauh terhadap kejiwaan orang-orang yang mengikuti dan sekaligus  orang yang diikuti.
Diriwayatkan  dari al-Hasan, beliau berkata, “Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari  rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah  mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata  kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun  tidak akan dpt mengikutiku.”
Pada  suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau  bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa  kejadian seperti ini masih tersemat dalam hati orang Mu’min?”
Ayyub  as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yang  mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tidak kerana  aku tahu bahawa Allah mengetahi isi hatiku tentang ketidaksukaan aku  terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dari Allah.”
Ibn  Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sbagi sumber ilmu, pelita petunjuk,  penerang rumah, obor pada waktu mlm dan pembaharu hati yang diketahui  penduduk langit, namun tidak dikenal penduduk bumi.”
Al-Fudhayl  ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka  lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak  disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia  selagi engkau terpuji di sisi Allah. 
Athar-athar  ini tidak mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang  menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki  pengaruh yang amat baik dalam menyeru masyarakat, mengarahkan dan  memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yang dpt difahami dari sejumlah  penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yang tersembunyi,  kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke dalam hati  manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan  dikelilingi orang-orang yang mengikutinya.
Kemasyhuran  itu sendiri bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur darip  para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi  yang tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt  bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah  menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bagi orang-orang yang  lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali.
Sejajar  dgn pengertian ini yang telah disebuntukan dalam hadith Abu Dzar darip  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa Baginda pernah ditanya  tentang seorang lelaki yang melakukan suatu amal kebajikan kerana Allah,  lalu orang ramai menyanjungnya.
Maka Baginda menjawab, “Itu kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orang Mu’min.”  (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)
Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang pun menyukainya..” 
Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan alin-lainnya.
Begitu  pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith  Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada  seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap  kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kepadanya.”
Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan.” 
Orang  yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbagi orang yang  berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dalam melaksanakan pelbagai  kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu  amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut  andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut  kebaikan-kebaikannya tidak diterima.
Kerana  sikap seperti ini, ada sebahagian di antara para salaf yang menangis  tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya  bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”
Beliau  menjawab, “Apa yang membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari  amal-amalku yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi  Rabb-ku? Sementara Allah telah berfirman, Allah hanya menerima (amal)  dari orang-orang yang bertaqwa,”
Satu-satunya  sumber taqwa adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dgn  firman Allah yang bermaksud: “Maka sesungguhnya itu timbul dari  ketaqwaan hati..”  (al-Hajj: 32)
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Taqwa itu ada di sini,”  Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya.  (HR Imam Muslim)
Sayyidah  Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  tentang orang-orang yang dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Dan  orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dgn hati yang  takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali  kepada Rabb mereka.”  (al-Mu’minun: 60)
“Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kepada Allah?”
Baginda menjawab, “Bukan wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yang mendirikan solat, berpuasa,  mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima. Mereka  itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah  orang-orang yang segera memperolehinya.”  (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)
Orang  yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yang menyusup ke dalam  dirinya, sdg dia tidak menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah  khafiyyah yang menyusup ke dalam diri orang yang meniti jalan kepada  Allah tanpa disedarinya.
Dalam  hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, “Kepentingan peribadi dalam  kederhakaan amat jelas dan terang. Sdgkan kepentingan peribadi di dalam  ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yang tidak  nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yang masuk ke dalam dirimu  dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang  lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dalam beribadah.  Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu  pandangan Allah terhadap dirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan  mereka agar engkau terlihat di mata mereka.”
Amal  yang dilakukan secara diam-diam harus lebih disukai darip amal yang  disertai liputan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi  perajurit bayangan yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak  dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah,  ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya,  tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau  seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap  tidak akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tidak dpt ditegakkan.  Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy  berkata di dalam syairnya:
Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah
Di  bahagian sebelum ini telah dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya  Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan  menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui.  Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap  tempat yang gelap.”
Tidak  meminta pujian orang-orang yang suka memuji dan tidak bercita-cita  mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tidak terkecoh  tentang hakikat dirinya di hdpn orang yang memujinya, kerana mmg dia  lebih mengetahui tentang rahsia hati dan dirinya darip orang lain yang  boleh tertipu penampilan dan tidak mengetahui batinnya.
Ibn  ‘Atha’illah berkata, “Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka  tentang dirimu. Maka adalah engkau orang yang mencela dirimu sendiri  kerana apa yang engkau ketahui pada dirimu. Orang yang paling bodoh  adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya kerana ada  persangkaan orang-orang tentang dirinya.”
Diriwayatkan  dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh, bahawa jika dipuji orang lain  maka beliau berkata, “Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa  yang mereka katakan. Berikanlah kebaikan kepadaku dari apa yang tidak  mereka ketahui.”
Ibn  Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata kepada orang-orang yang mengekori dan  mengerumuninya, “Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua  orang antara kamu pun tidak akan dpt mengikutiku.” Padahal beliau  adalah sahabat yang menonjol, pemuka petunjuk dan pelita Islam.
Sekumpulan  orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kepada Allah sambil  berkata, “Ya Allah, mereka tidak mengenalku dan hanya Engkaulah yang  mengetahui siapa diriku.”
Salah  seorang yang shaleh bermunajat kepada Allah, kerana sebahagian orang  ada yang memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya: 
Mereka berbaik sangka kepadaku
Padahal hakikatnya tidaklah begitu
Tetapi aku adalah orang yang zalim
Sbagimana yang Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yang ada
Dari pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sbagi tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai
Padahal aku tidak layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Janganlah Engkau hinakan aku
Pada Hari Qiamat di tengah mereka
Jadikanlah aku yang mulia
Termasuk yang hina dina
Penyair  yang shaleh ini mengisyaratkan makna yang lembut dan sgt penting, iaitu  keindahan tabir yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Brp banyak  cela yang tersembunyi, dan Allah menutupinya dari pandangan orang ramai.  Andaikata Allah membuka tabir itu dari pandangan mereka, tentu  kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia  Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sbagi  kurnia dan kemuliaan baginya.
Seerti  dgn ini telah dikatakan oleh Ibn ‘Atha’illah, “Sesiapa yang  memuliakanmu, sbnrnya dia telah memuliakan keindahan tabir pada dirimu.  Keutamaan ada pada diri orang yang memuliakanmu dan menutupi aibmu,  bukan pada diri orang yang menyanjungmu dan berterima kasih kepadamu.”
Abu al-Atahiyah berkata dalam syairnya:
Allah telah berbuat baik kepada kita
Kerana kesalahan tidak menyebar ke mana-mana
Apa yang tersembunyi pada diri kita
Tentu tersingkap di sisiNya
Tidak  kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang mmg layak dipuji dan  menyanjung orang yang mmg layak disanjung. Di sana ada dua bencana yang  bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang  tidak berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak.
Nabi  shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memuji sekumpulan para sahabatnya,  menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, seperti sabda Baginda  tentang Abu Bakar yang bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang  kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbagi  kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”
Sabda Baginda kepada Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yang lain.”
Sabda Baginda kepada Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yang para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu darip pedang-pedang Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”
Masih  ramai sahabat yang dipuji Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana  kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka ada dari kalangan  pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang diangkat menjadi komandan pasukan  perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapat para pemuka sahabat.  Baginda mengangkat Itab bin Usaid sbagi pegawai di Makkah, padahal  umurnya masih dua puluh thn. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal  beliau masih muda. Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan darip  orang-orang yang lebih terdahulu memeluk Islam, kerana kelebihan  dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash.
Boleh  jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian kepada orang yang layak  dipuji, kerana ada maksud tertentu dalam dirinya, atau kerana rasa iri  hati yang disembunyikan, seperti takut campurtangan di pejabatnya, atau  menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampu untuk melemparkan  celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak perlu  menyanjungnya.
Kita  melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibn Abbas  dalam pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sgt muda. Maka para  pemuka sahabat berkata kepadanya, “Bicaralah wahai Ibn Abbas. Kerana  usia yang muda tidak menghalangimu untuk berbicara.”
Orang  yang mukhlis kerana Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi  pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling  blkg, selagi dalam dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. Hatinya  tidak dikuasai kesenangan untuk tampil, menguasai barisan dan menduduki  jabatan strategi dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih mementingkan  kemashlahatan bersama kerana takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan  yang dia lewatkan.
Apa  pun keadaannya dia tidak bercita-cita dan tidak menuntut kedudukan  untuk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas  sbagi pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan kepada  Allah agar dia mampu melaksanakannya dgn baik. Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wasallam telah mensifatkan kelompok orang seperti ini dalam  sabda Baginda yang bermaksud:
“Keuntungan  bagi hamba yang mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yang  kusut kepalanya dan yang kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu  berada di barisan blkg, maka dia pun berada di kedudukan penjagaan.”  (HR Imam Bukhari)
Allah  meredhai Khalid bin al-Walid yang diberhentikan sbagi komandan pasukan,  sekali pun beliau seorang komandan yang sentiasa mendapat kemenangan.  Stelah itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu Ubaidah tanpa rasa  rendah diri. Dalam kedudukan seperti itu pun beliau ttp ikhlas  memberikan pertolongan.
Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan seandainya ada seseorang  yang meminta jawatan dan sengaja untuk mendapatkannya. Telah  disebuntukan di dalam as-Shahih, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi  wasallam pernah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah:
“Janganlah  engkau memimta jawatan pemimpin. Kerana jika engkau memperoleh jawatan  itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau  memintanya, maka semua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu.”  (Muttafaq ‘Alaihi)
Tidak  memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah  ‘Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling  berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan  yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang tidak  bertepi, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul.  Dalam hal ini seorang penyair berkata:
Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yang membentang
Di tengah tuntutan-tuntutan hawa nafsu
Penyair lain berkata:
Jika aku meredhai orang-orang yang mulia
Tentunya aku memurkai orang-orang yang hina
Orang yang mukhlis tidak terlalu peduli dgn semua ini, kerana syiarnya hanya bersama Allah. Dikatakan dalam satu syair:
Boleh jadi engkau mengasingkan diri
Tetapi hidup ttp terasa pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya
Apa yang ada di atas tanah
Ttp menjadi tanah
Kecintaan  dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus  dilakukan kerana Allah dan agamaNya, bukan kerana pertimbangan peribadi  dan kepentingannya, tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang  dicela Allah dalam KitabNya:
“Dan  di antara mereka ada yang mencela mu tentang (pembahagian) zakat. Jika  mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika  mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dgn serta merta mereka  menjadi marah.”  (at-Taubah: 58)
Boleh  jadi engkau pernah melihat orang-orang yang aktif dalam lapangan  dakwah, apabila ada salah seorang rakannya melontarkan perkataan yang  mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada tindakan yang menyakiti  dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang, lalu meninggalkan  harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah.
Ikhlas  untuk mencapai tujuan menuntutnya untuk cekal dalam berdakwah dan gerak  langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan, meremehkan dan bertindak  melampaui batas terhadap dirinya. Sebab dia berbuat kerana Allah, bukan  kerana kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta bukan kerana  kepentingan orang tertentu.
Dakwah  kepada Allah bukan seperti harta yang ditimbun atau harta milik  seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang. Siapa pun orang  Mu’min tidak boleh menarik diri dari medan dakwah ini hanya kerana sikap  atau tindakan tertentu yang mempengaruhi dirinya.
Perjalanan  yang panjang, lambatnya hasil yang diperoleh, kejayaan yang tertunda,  kesulitan dalam bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan  perasaan dan kecenderungan mereka, tidak boleh membuatnya menjadi malas,  bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tengah jalan. Sebab  dia berbuat bukan sekadar untuk sebuah kejayaan atau pun kemenangan,  tetapi yang plagi pokok tujuannya adalah untuk keredhaan Allah dan  menuruti perintahNya.
Nabi  Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup di tengah kaumnya selama  950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali  yang mahu beriman kepada beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah  ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana  yang difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai  Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka  seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan  sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau  mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam  telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap  (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri.”  (Nuh: 5-7)
Sekali  pun harus menghabiskan masa selama 950 thn, beliau ttp menyeru kaumnya  dan akhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama beliau. Sedangkan  kaumnya yang lain berpaling dari beliau, sekali pun beliau sgt berharap  mereka mahu beriman.
Al-Quran  telah mengisahkan kepada kita individu-individu Mu’min di dalam surah  al-Buruj. Mereka rela mengorbankan nyawa fi sabilillah dan mereka tidak  mengatakan, “Kematian ini dpt memberi apa-apa manfaat terhadap dakwah  kita?”
Mereka  tidak berkata seperti itu, kerana mereka mempunyai keteguhan hati dan  pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tgn Allah. Siapa yang tahu kalau pun  darah mereka itu merupakan santapan lazat bagi pohon iman generasi  berikutnya?
Perkara  yang prinsip, alam orang yang mukhlis hanya bagi Allah semata. Dia  cekal dalam hal ini dan terus seperti itu. Hasil dan buah di dunia  diserahkan kepada Allah, kerana Allah-lah yang menyediakan penyebabnya  dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya, maka  segala puji hanya bagi Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan  itu hanya milik Allah.
Sesungguhnya  di akhirat Allah tidak akan bertanya kepada manusia, “Mengapa engkau  tidak memperoleh kemenangan?” Tetapi Dia akan bertanya, “Mengapa engkau  tidak berusaha?”
Allah tidak bertanya, “Mengapa engkau tidak berjaya?” Tetapi Dia bertanya, “Mengapa engkau tidak melakukannya?”
Berasa  senang jika ada seseorang yang mempunyai kemampuan, bergabung dalam  barisan mereka yang mahu beramal, untuk menegakkan bendera atau ikut  taat dalam amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan  kepadanya, sehingga dia dpt mengambil tempat yang sesuai dgn  kedudukannya. Dia tidak harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun  gelisah kerana kehadirannya. Malahan jika orang yang mukhlis melihat  ada orang lain yang lebih baik darip dirinya yang mahu memikul  tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan  tanggungjawabnya kepada orang itu dan dia berasa senang menyerahkan  jawatan kepadanya.
Sebahagian  orang yang memegang jawatan, lebih-lebih lagi jika berada di barisan  hadapan, tidak mahu menyerah dalam mempertahankan kedudukannya, tidak  mahu berundur walau bagaimanapun keadaannya dan suka menekan orang lain.  Dia berkata, “Ini merupakan kedudukan yang telah diberikan Allah  kepadaku, maka aku tidak mahu melepaskannya. Ini adalah pakaian yang  telah dikenakan kepadaku, maka aku tidak mahu membukanya. Kedudukan ini  dtg dari langit.”
Padahal  waktu terus berlalu, keadaan berubah dan kekuatan menjadi lemah. Setiap  masa diperuntukkan bagi mereka yang sesuai dgnnya, sebagaimana setiap  tempat diperuntukkan bagi orang yang mmg sesuai dgn tenoat itu. Banyak  cemuhan ditujukan kepada penguasa yang bermati-matian mempertahankan  kerusi dan kedudukannya, dgn anggapan bahawa merekalah yang paling mampu  mengendalikan perahu dan menjaganya dari terpaan angin taufan.
Ketika  mendapat kritik dari orang lain, para da’ie Muslim tidak boleh menutup  mata atau menutup telinga. Mereka juga tidak boleh lpada tgn demi  kemaslahatan dakwah sebagaimana orang lain yang tidak boleh lps tgn demi  kemaslahatan negara dan ummah. Kerana andai lpada tgn, boleh jadi itu  merupakan belenggu syaitan dan godaan yang dibisikkan ke dalam hati para  aktivitis Islam. Sehingga jika yang lebih banyak berbicara adalah  kepentingan diri sendiri, kecintaan kepada kedudukan dan dunia, maka itu  dianggap pengabdian terhadap agama.
Brp  ramai jemaah atau harakah yang disusupi kezaliman dari luar, pengaruh  dari dalam atau kepincangan dalam berfikir dan beramal, tiada inovasi  dan tajdid, sbagi akibat dari kerakusan satu atau dua orang yang  terlibat di dalamnya. Dia tidak mahu melepaskan kedudukannya kepada  orang lain. Dia lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus  berlalu, dunia terus berubah. Tetapi ternyata mereka tidak mahu  berputar seiring dgn putaran bumi, tidak berubah seiring dgn perubahan  waktu dan tempat serta keadaan manusia.
Malahan  di antara mereka ada yang memikul beban dan tanggungjawab melebihi  kemampuan bahunya. Padahal maksudnya ialah untuk menghalang jalan bagi  orang lain yang lebih mampu dan lebih bertenaga, bukan sahaja orang lain  itu dpt dikerahkan untuk mengurangkan beban amanat yang dipikulnya  malah sekaligus sbagi melatih diri untuk memikul tanggungjawab.
Di  antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yang paling diredhai  Allah, dan bukan yang paling diredhai oleh dirinya sendiri. Sehingga  orang yang mukhlis lebih mementingkan amal yang lebih banyak manfaatnya  dan lebih mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan  diri sendiri.
Dia senang melakukan puasa nafilah  dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan untuk mendamaikan  mereka yang sdg bertikai, justeru itulah yang lebih dipentingkannya.  Dalam sebuah hadith disebuntukan:
“Ketahuilah, akan ku khabarkan kepadamu tentang sesuatu yang lebih utama darip darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sebab kerosakan di antara sesama amnusia adalah pemotong.”  (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)
Dia  mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan di dalam jiwa jika boleh  melaksanakan umrah pada setiap bulan Ramadhan dan haji pada musimnya.  Tetapi dikatakan kepadanya, “Sumbangkan saja wang itu untuk ikhwan kita  di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yang sdg mengalami kehancuran.”  Jika hatinya tidak lapang dan menolak, maka dia seperti apa yang  dikatakan al-Ghazali sbagi orang yang tertipu.
Ada  seorang penderma dari salah satu negara kaya yang berkunjung ke Afrika  untuk membangun sebuah masjid. Di sana dia ditemui oleh para wakil  masyarakat, yang mengusulkan akar dia membaiki bbrp masjid lama yang  hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat strategik di  tengah permukiman penduduk dan kewujudannya sgt diperlukan. Tabung yang  mestinya untuk membangun satu masjid yang direncanakan, cukup untuk  membaiki sepuluh masjid lama yang sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi  ternyata dia menolak, kecuali jika namanya digunakan untuk nama-nama  masjid tersebut.
Di  antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tidak merosak amal dgn ujub,  berasa senang dan puas terhadap amal yang telah dilakukannya. Sikap  seperti ini dpt membutakan matanya untuk melihat celah-celah yang  sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yang perlu dilakukan oleh orang  Mu’min stelah melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia telah  melakukan kelalaian, disedari mahupun tidak disedari. Maka dari itu dia  takut jikalau amalnya tidak diterima. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari mereka yang bertaqwa.”  (al-Maidah: 27)
Di  antara ungkapan yang sgt berkesan dalam masalah ini, yang dinisbatkan  kepada Ali bin Abi Thalib adalah, “Suatu keburukan yang menyesakkanmu  lebih baik di sisi Allah darip kebaikan yang membuatmu ujub.”
Pengertian  seperti ini juga ditetapkan Ibn ‘Atha’illah di dalam Al-Hikam, beliau  berkata, “Boleh jadi Allah membuka pintu ketaatan bagimu, tetapi tidak  membuka pintu penerimaan amal bagimu. Boleh jadi Allah mentaqdirkan  kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan itu menjadi sebab yang  menghantarkan ke tujuan. Kederhakaan yang membuahkan ketundukan dan  kepasrahan lebih baik darip ketaatan yang membuahkan ujub dan  kesombongan.”
Dari  sini al-Quran memperingatkan agar tidak menyertai sedekah dgn  menyebut-nyebut sedekah itu dan ucapan yang menyakitkan, kerana  dikhuatirkan justeru menggugurkan pahala yang dihilangkan pengaruhnya.  Allah berfirman yang bermaksud:
“Perkataan  yang baik dan pemberian maaf lebih baik darip sedekah yang diiringi  dgnsuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi  Maha Penyantun. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu  menghilangkan (pahala) sedekah kamu dgn menyebut-nyebutnya dan menyakiti  (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana  riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari  kemudian. Maka perumpamaan bagi orang itu adalah seperti batu licin yang  di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu  jadilah ia bersih (tidak bertanah).”  (al-Baqarah: 263-264)
Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam juga memperingatkan ujub dan menjadikannya  termasuk hal-hal yang merosak. Ibn Umar meriwayatkan dari Baginda yang  bermaksud:
“Tiga  perkara yang merosak dan tiga perkara yang menyelamatkan. Sedangkan  perkara-perkara yang merosak adalah kedekut yang ditaati, hawa nafsu  yang diikuti dan ujub seseorang terhadap dirinya.”  (HR Imam at-Thabrani, hadith hasan dalam Shahih al-Jami’ as-Shaghir, no. 3045)
Al-Quran  telah mengisahkan kepada kita kejadian yang dialami kaum Muslimin pada  waktu Perang Hunain. Allah telah memberikan kemenangan kepada mereka  sewaktu Perang Badar, padahal mereka sama sekali tidak diunggulkan  menang. Allah juga memberikan kemenangan kepada mereka pada Perang  Khandaq, yang sebelum itu pandangan mereka meredup, hati mereka naik ke  atas hingga sampai ke tenggorokan, mereka menduga yang bukan-bukan  terhadap Allah dan mereka tergoncang dgn hebat. Allah juga memberikan  kemenanagn kepada mereka pada waktu Perang Khaibar dan Fathu Makkah.  Tetapi pada waktu Perang Hunain mereka menjadi ujub kerana jumlah mereka  yang banyak. Ternyata jumlah yang banyak ini tidak memberi manfaat  apa-apa, hingga mereka pasrah kepada Allah. Mereka pun menyedari bahawa  kemenangan datang hanya dari sisi Allah. Dia berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya  Allah telah menolong kamu (hai kaum Mu’min) di medan peperangan yang  banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi  sombong kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak  memberi manfaat kepada kamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah  terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke blkg dgn bercerai-berai.  Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada mereka  yang beriman.”  (at-Taubah: 25-26)
Orang  Mu’min yang sedar adalah mereka yang menyerahkan segala urusannya hanya  kepada Allah, lalu percaya bahawa kemenangan hanya dtg dari sisiNya.  Firman Allah:
“Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  (Aali Imran: 126)
Kemuliaan juga datang hanya dari sisiNya:
“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu.”  (Fathir: 10)
Taufiq kepada hal-hal yang baik juga berasal dari pertolongan Allah. FirmanNya:
“Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dgn (pertolongan) Allah.”  (Hud: 88)
Hidayah hanya dtg dari sisiNya:
“Barangsiapa  yang disesatkanNya, maka kamu tidak boleh mendapatkan seorang pemimpin  pun yang dtg yang mampu memberikan petunjuk kepadanya.”  (al-Kahfi: 17)
Dikatakan dalam sebuah syair:
Andaikan Allah tiada mempedulikan kehendakmu
Nescaya tidak akan ada pilihan bagi semua manusia
Andaikan Dia tidak memberi petunjuk jalanmu
Nescaya kau akan tersesat sekali pun langit ada di sana
Al-Quran telah memperingatkan untuk membersihkan diri dari pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:
“Dia  lebih mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu  dari tanah dan ketika kamu masih dalam janin perut ibumu. Maka janganlah  kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang  orang yang bertaqwa.”  (an-Najm: 32) 
Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menganggap dirinya suci. Firman-Nya yang bermaksud:
“Apakah  kamu tidak memerhatikan orang yang menganggap dirinya bersih?  Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mereka  tidak dianiaya sedikit pun.”  (an-Nisa: 49)
Hal ini terjadi kerana mereka berkata, seperti yang dijelaskan Allah yang bermaksud:
“Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya.”  (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Tetapi  kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yang diciptakan-Nya.  Dia mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang  dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaan  Allah-lah kerajaan di antara keduanya,  dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).”  (al-Maidah: 18)
Orang  yang telah melakukan sesuatu amal shaleh, tidak boleh mempamerkan  amalnya itu, kecuali jika untuk menyampaikan nikmat Rabb-Nya:
“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).”  (ad-Dhuha: 11)
Selain itu ia bertujuan untuk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Barangsiapa membuat sunnah yang baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yang mengerjakannya.”  (HR Imam Muslim)
Dibolehkan  juga jika bertujuan untuk membela diri kerana ada tuduhan yang  dilemparkan kepadanya, padahal dia tidak bersangkut-paut dgn tuduhan  tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan  bagi orang yang batinnya sudah kuat kerana Allah semata dan bukan kerana  tujuan yang bukan-bukan serta tidak tergolong pada ujub, tidak  bertujuan mencari sanjungan dari orang lain dan mendapatkan kedudukan di  kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yang bebas dari tujuan ini.
Orang  Islam harus waspada, jangan sampai ujub terhadap diri sendiri, kerana  kebaikan dan keshalihan yang dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya  dialah yang beruntung sdg yang lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah  yang layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yang selamat)  sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yang layak  disebut thaifah manshurah (kelompok yang mendapat pertolongan) sdgkan  yang lain dibiarkan.
Pandangan  terhadap diri sendiri seperti ini adalah ujub yang merosak, dan  pandangan terhadap orang-orang Islam seperti itu adalah pelecehan yang  menghinakan.
Dalam  sebuah hadith shahih disebuntukan: “Jika seseorang berkata ‘Manusia  telah rosak’, maka dialah yang lebih rosak darip mereka.”  (HR Imam Muslim)
Hadith  ini diriwayatkan dgn bacaan ‘ahlakuhum’, dgn pengertian bahawa justeru  dialah yang lebih banyak dan lebih cepat menimbulkan kerosakan, kerana  dia terpedaya oleh diri sendiri, congkak terhadap amalannya dan  melecehkan orh lain. Dgn bacaan dan makna seperti ini, bererti dialah  yang menyebabkan kerosakan mereka, kerana dia berasa lebih unggul dari  mereka dan juga membuatkan mereka berputus asa terhadap rahmat Allah.
Al-Imam  an-Nawawi rahimahullah berkata, “Larangan ini ditujukan kepada  orang-orang yang berkata seperti itu, kerana ujub terhadap diri sendiri,  mengecilkan orang lain dan berasa dirinya lebih unggul  dari  mereka. Ini adalah perbuatan yang diharamkan. Tetapi jika perkataan  seperti itu disampaikan kerana memang ada kekurangan dalam pengamalan  agama mereka atau kerana rasa prihatin terhadap situasi mereka dan juga  situasi agama mereka, maka hal itu tidak apa-apa. Inilah yang ditafsir  dan dihuraikan oleh para ulama, seperti yang dikatakan olek Malik bin  Anas, al-Khattabi, al-Humaidi dan lain-lainnya.
Dalam hadith lain disebutkan, yang bermaksud:
“Cukuplah seseorang disebut buruk jika dia mencela saudara Muslimnya.”  (HR Imam Muslim)
Sebab  di antara orang Islam atas orang Islam lainnya adalah dilarang  menzalimi, menghinakan dan melecehkannya. Tidak mungkin seseorang  mencela saudaranya sendiri, sdgkan mereka ibarat dua cabang yang melekat  di satu pohon yang sama.
Lihat  apa yang dihuraikan oleh al-Ghazali di dlm Dzammusy-Syuhrah wa  Intisyarushshit, dan Bayanu Fadhilatil-Khumul, dari kitab Dzamjul-Jah  war-Riya’, dari kitab al-Ihya’, yang disyarahkan al-Allamah Murtadha  az-Zubaidi, 8/232-238
Langganan:
Posting Komentar (Atom)



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Comment:
Posting Komentar