AYO BACA AL-QURAN
HADITS DAN FIQIH
 
“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”
Doa-Doa Mustajab
Daftar Nama Pemberi Zakat Infaq dan Shadaqah
Rabu, 08 Agustus 2012
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW:
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai  manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak  mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun  ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah  ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai  manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai  suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah  suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya  yang berhak.
Janganlah  kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.  Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti  akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah  mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba'  hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah  terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa  untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah  supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai  manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka  juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas  kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam  suasana kasih sayang.
Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka  kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.  Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh  memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang  melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah  solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah  zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya  mampu.
Ketahuilah  bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua  adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya  kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah  bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk  dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu,  awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari  landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai  manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan  tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan  betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang  teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat  selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah  orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada  orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada  orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga  orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini  dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
Langganan:
Posting Komentar (Atom)



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Comment:
Posting Komentar